Want your
own Fotopage?








 
Blog Foto Unsunghero
Unsung Hero
[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 20-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...kita bicara tentang hujan

...titisan rahmat
...untuk kita mahkluk di bumi
...memberikan semangat untuk hidup
View all 6 photos...






...wajar untuk kita terus berbicara tentang hujan kerana di sebelah sana bumi kita sudah bah. tidak setiap kali apabila hujan berhenti, air akan meresap terus ke tanah. mungkin ada alasannya air itu terus bergenang di muka bumi. dan tidak setiap kali apabila hujan berhenti akan terlihat keindahan yang menyenangkan hati...

Lke to story... Sat 31-Dec-2005 08:14
Posted by:Edoras  - [Link]
great...ko guna compact kamera je ke..?bagus..aku suka org yg mcm ni...ada idea n kreativiti dan tak perlu bergantung sgt pada gadjet...pada aku..yg penting adalah idea n kreativiti..
aku nak buat link ke FP aku..bleh?
Tue 3-Jan-2006 03:56
Posted by:kinghamsap
kinghamsap...terima kasih kerana sudi pautkan FP saya. bagi saya tiada maknanya memiliki kamera yang mewah dengan fungsi serba-serbi sifatnya andai digunakan secara melulu tanpa tahu barang sedikit apa makna fotografi walau hanya asasnya... Wed 4-Jan-2006 03:32
Posted by:unsunghero
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 29-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...penyeri wanita, pasar dan malam

 
 
 
View all 14 photos...






...sewaktu ke pasar malam bulan ramadan lalu, aku sempat menyaksikan satu keindahan yang selalunya terlepas pandang. aku biarkan dia dengan asyiknya memilih dan aku dengan asyik aku memerhati...

...warna-warna sering dijadikan pemikat dan untuk yang ini tiada ia terlepas. namun hasil buatan, mutu bahan turut menjadi perkiraan. soal harga bisa dirunding dengan bijaksana oleh sang wanita. bagi kebanyakan lelaki seperti aku, soal memilih yang mana terbaik memang bukan kerja enteng. oleh itu selalunya ia diserahkan sahaja kepada mereka yang tentunya lebih arif dalam soal-soal sebegini...

...nikmatilah keindahan ini...


cantekkkkk nyerr... rasa nk beli semua nyer .. Fri 2-Dec-2005 05:35
Posted by:must mstadek@yahoo.com
Beautiful colors! Mon 5-Dec-2005 10:00
Posted by:Edoras  - [Link]
yup! stuju...
sker nengok kaler2...
nampak cantikssss
Wed 18-Jan-2006 10:07
Posted by:nash  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 23-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...kek lapis istimewa sarawak

...antara rupa yang aku suka
...banyak pilihan
...pilih yang mana suka
View all 5 photos...



sedapnyaaaaaaaaaa...azzam suka kek tau Fri 2-Dec-2005 22:15
Posted by:::dr azzam::  - [Link]
kek lapis sawak mmg best.. walaupun mahal tp sgt berbaloi Tue 3-Jan-2006 08:27
Posted by:queserasera  - [Link]
hmm..sudah lama x makan kek lapis srwk..sudah 8 bulan juga tidak menjejaki bumi kenyalang..rindu d hati tetap bersemi...kehausan yg tak mungkin hilang... Fri 17-Mar-2006 01:42
Posted by:little-iguana a.k.a kasih  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 21-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...ambang syawal di pasar satok

"...mak, boleh saya tolong".
...sepakat menganyam
...pelbagai bentuk dan rupa sarung ketupat ada
View all 6 photos...



wahh. rindunya kat sarawak.. rasa cam nak dok sana jek~ Fri 13-Jan-2006 10:23
Posted by:Amyz  - [Link]
wahh. rindunya kat sarawak.. rasa cam nak dok sana jek~ Fri 13-Jan-2006 10:25
Posted by:Amyz  - [Link]
wahh. rindunya kat sarawak.. rasa cam nak dok sana jek~ Fri 13-Jan-2006 10:27
Posted by:Amyz  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 18-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
cerita pra-raya - ketupat

...sarung ketupat
...wangi sarung ketupat dan beras pulut mengiurkan
...aksi mengisi beras pulut ke dalam sarung ketupat


...dahulu sewaktu aku masih bersekolah, mak akan anyam sendiri sarung ketupat. aku pernah ikut bapak masuk hutan paya bakau untuk ambil daun muda pokok nipah yang kemudiannya akan dianyam oleh mak menjadi sarung ketupat. waktu itu juga aku akan ikut bapak cari buluh untuk membuat lemang. tapi entah sejak bila aku pun tak ingat semua itu tidak dilakukan lagi. kini saban tahun mak akan beli sahaja sarung ketupat yang banyak dijual di tepi jalan-jalan utama di petra jaya atau di pasar satok. tapi mak masih tetap memasak ketupat itu sendiri berbanding lemang yang bapak akan beli sahaja daripada pembuat lemang. membakar lemang lebih sukar daripada memasak ketupat, jadi kerana itu bapak pada usia sebegini memilih untuk membelinya sahaja...

Beautiful set of photos.... Will make this my favorite link and learn more from you... Sat 19-Nov-2005 12:54
Posted by:Edoras  - [Link]
tengkok gambar dah tau... ni musti sedap ketupat nih... Sat 19-Nov-2005 15:43
Posted by:azza  - [Link]
Edoras...terima kasih. sama-sama kita belajar

Azza...memang sedap
Mon 21-Nov-2005 06:13
Posted by:unsunghero
Add comment


Tuesday, 15-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...salam lebaran untuk semua


Kemeriahan Raya Idul Fitri masih lagi terasa.... Wed 16-Nov-2005 06:12
Posted by:azza  - [Link]
waahh comelnya zahira.. ayu bertudung Mon 21-Nov-2005 09:19
Posted by:Na  - [Link]
cute la pulak budak nieh Sat 26-Nov-2005 16:56
Posted by:faiz  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 4-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...dia tidak kenal erti itu lagi

...dia malu pada mulanya
...akhirnya dia mesra dengan lensaku
...ikut sahaja asalkan gambarnya dirakam
View all 18 photos...






...dia belum mengerti apa yang terjadi. apa yang dia tahu dan rasa cuma sayang dah rindunya pada along. tapi along sejak beberapa hari yang lalu sudah lama tidak pulang ke rumah. ayahya pula terpaksa bermalam di hospital. dia tahu along kini terlantar di hospital akibat kemalangan pada 29 Sept lalu. kini dia masih di unit rawatan rapi (ICU) dan ayahnyalah yang menemani along saban malam dan hari walau kepenatan itu maha berat rasanya untuk dipikul seorang diri. melihat wajah siti, senyumnya dan keletahnya pada hari itu mengundang sayu di hati. namun aku cuba untuk mencipta keriangan untuk siti, kakak dan abang-abangnya yang lain di sebalik apa yang telah terjadi ke atas alongnya. itulah siti rabiatul adawiyah...

Semoga Allah SWT menolong Alongnya untuk cepat sembuh. Bawak bertenang dengan dugaan yg diberi, setiap apa yg berlaku pasti ada kenapanya. Wed 9-Nov-2005 19:31
Posted by:shz shaliza@email.com
Shz & Ezdy - Alhamdulillah berkat doa keluarga & sahabat handai, Along's Siti sudah kembali ke rumah 2 minggu sebelum raya lepas. Keadaannya pun semakin baik walaupun dalam keadaan tertentu masih perlu bantuan daripada ayahnya.

Nak Blaja - saya cuma menggunakan kamera digital kompak (Nikon Coolpix 3200). kedua-dua siri foto (Siti & tepi pantai) tu hanya menggunakan lensa standard Coolpix 3220 dan 'built-in' flash. cuma untuk gambar-gambar jarak dekat, saya guna mod 'close-up' (macro) yang ada pada kamera. untuk dapat foto-foto sebegini, perlu banyak 'explore' mod yang ada pada kamera.
Mon 14-Nov-2005 04:13
Posted by:unsunghero
along dah sembuh ke blom sekarang nih? Azzam doakan along sembuh , dan jadik anak yang soleh/ah, ameen Fri 2-Dec-2005 22:18
Posted by:::dr azzam::  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Monday, 3-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...tak seindah hidup kita

...menumpang kasih
...terbuka menanti rezeki masuk
...langsir di jendela
View all 9 photos...


...kau tahu, di sini aku temui sesuatu
yang tak tergambar dengan kata-kata
yang cuma dapat dirasa di dalam hati
sudah terlalu lama semua ini
tidak meresap di jiwa...

...dah bahawasanya semua ini
mengingatkan yang hidup indah itu
tidak selalunya dinikmati
oleh seluruh manusia...

2.16 petang : 3 okt 2005 : kuala lumpur

love ur caption... nice pic as well... pic cngiini kalo ader caption best, mmg sronok tgk.. Mon 3-Oct-2005 12:57
Posted by:ayusafura  - [Link]
canteekkk Tue 4-Oct-2005 07:08
Posted by:nadya  - [Link]
Nice... Wed 5-Oct-2005 02:11
Posted by:Ibuyasmin  - [Link]
Add comment


Thursday, 15-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...belum sempat


lawa macro.................... Thu 29-Sep-2005 05:54
Posted by:azza  - [Link]
mmmm lamer btul entry yg latest nie.. naper tak upload gmbo baru lg??? Sat 1-Oct-2005 12:51
Posted by:ayusafura  - [Link]
...foto-foto dalam simpanan sudah kehabisan, jadi tak boleh nak kemaskini fotopages. Insya-Allah dalam sehari dua ni saya akan kemaskini. Terima kasih atas kunjungan Mon 3-Oct-2005 02:02
Posted by:unsunghero
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 7-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...mulai berkembang


great macro.. Thu 15-Sep-2005 23:26
Posted by:yusrii bujjang@yahoo.com  - [Link]
purple................nice Thu 29-Sep-2005 08:40
Posted by:i.r.m.a.  - [Link]
purple................nice Thu 29-Sep-2005 08:40
Posted by:i.r.m.a.  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.