Want your
own Fotopage?








 
Blog Foto Unsunghero
Unsung Hero
[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 6-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...suatu malam

...bercahaya
...dalam kabus malam
...keagungan

superb work.... Tue 13-Sep-2005 10:53
Posted by:ed sh  - [Link]
Azza, untuk foto utama tu, tak ada teknik istimewa digunakan. cuma fokus kepada pokok agar lebih tajam (sharp) untuk menampakkan bayang pokok di sebalik cahaya benderang menara berkembar. kebetulan pula waktu itu suasana berkabus, menambakkan efek pada foto tersebut. foto ini akan lebih menarik sekiranya menggunakan tripod sewaktu mengambilnya. Thu 15-Sep-2005 01:47
Posted by:unsunghero
oooo itu rahsia dia.... fokus kat pokok yer.... mmm bleh try lpas nie.. Mon 3-Oct-2005 12:52
Posted by:ayusafura  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Monday, 5-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...atap

 
 
 
View all 9 photos...


Lokasi : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

...atap atau bumbung, tanpanya sebuah bangunan tidak akan lengkap

Mmg cantek
Mon 5-Sep-2005 07:13
Posted by:Ibuyasmin  - [Link]
cantik bangat! Tue 6-Sep-2005 02:04
Posted by:yusrii bujjang@yahoo.com  - [Link]
superb kudos to u my friend... Tue 6-Sep-2005 02:39
Posted by:nad  - [Link]
Add comment


Thursday, 1-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...pulang senja




cantik. how i miss ur entry..nampaknye hero dah 'aktif' balik.. yey! Tue 6-Sep-2005 02:38
Posted by:nad  - [Link]
i'm loving it!!

Wed 7-Sep-2005 04:09
Posted by:cikwa
...kena pada masanya, segala keindahan ciptaan-Nya akan terbentang di depan mata. cuma kita yang banyak waktunya terlupa akan keindahan ciptaan-Nya Wed 7-Sep-2005 09:18
Posted by:unsunghero
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 30-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...yang ini akan menjadi kenangan

 
 
 
View all 14 photos...

















...kunjungan ke bagan lalang terkesan di hati. mungkin bagi sesetengah orang pantai ini tiada indahnya yang bisa ditangkap mata kasar. meski yang ada di sini terpinggir, terbuang dan nilainya terlalu sedikit, namun percayalah semua ini akan menjadi kenangan apabila semuanya itu sudah tiada lagi...

aku tertarik dengan FP nih.... Mon 3-Oct-2005 07:20
Posted by:s t a r f r u i t ®  - [Link]
syok tengok! Mon 20-Feb-2006 03:25
Posted by:Hafiz.Hin  - [Link]
Nice pictures and nice words..!! I love it...!!!
http://jamaljermi.fotopages.com
Mon 27-Feb-2006 07:00
Posted by:Jamaljermi
View all 13 comments Add comment


Friday, 19-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...sesudah jerebu

...berkepul awan putih
...langit biru awan gebu bertemu
...indahnya suasana
...beginilah suasana setelah jerebu berarak pergi. semarak suria memancar menerangkan suasana. kehilangan asap tebal menampakkan betapa indahnya biru langit, betapa putih gebunya sang awan. semua itu dirindui saat kuala lumpur hampir lenyap ditelan jerebu tempoh hari...

wahh..kire jerebu dah takde lah ni? Sun 28-Aug-2005 06:49
Posted by:aishah sakura_hikaru90@yahoo.com  - [Link]
Marvelous Sun 28-Aug-2005 14:08
Posted by:erwan  - [Link]
aku masih terpegun dengan gambar tag kamu. amat aku suka . Sun 28-Aug-2005 20:44
Posted by:jones  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 10-Aug-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Abas...seniman dalam pembikinan

...ketepi, kini Abas muncul
...paling murah tetapi punya nilai tersendiri
...bantu dia mencapai impiannya
View all 30 photos...


...mungkin sumbangan anda bisa menjadikan impian anak kecil ini satu realiti



...bakatnya tidak sepadan dengan usianya, namun itulah anugerah



..."dinosor, makan orang," kata Abas.


...kehadiran orang ramai semakin ramai menjadi saksi kehebatanya menconteng kanvas kadang-kala menganggu tumpuannya seketika. namun dia kembali mewarnakan kanvasnya pagi itu dengan warna-warna pilihannya sendiri. ayahnya hanya memerhatinya dari jauh. namun sekali- sekala, ayahnya memberikan tunjuk ajar kepada Abas. Abas juga kadang-kala bertanyakan sesuatu kepada ayahnya. Itulah Abas, nama samaran anak kecil berusia 5 tahun ini. ..

...tertera pada beberapa helai kertas bersaiz A4 yang digantung bersebelahan dengan lukisannya yang telah siap, pelbagai kenyataan yang sedikit sebanyak menceritakan tentang misi dan visi anak kecil ini. perhatiannya begitu tertumpu ke atas kanvas. dia seperti sudah biasa dengan kehadiran orang ramai kerana itu dia langsung tidak menunjukkan tanda segan atau malu-malu kepada khalayak, tidak seperti kebanyakan anak kecil seusia dengannya yang lain yang pasti segan dan malu-malu apabila dikerumuni...

...pada pagi sabtu lalu di laman seni dekat balai seni lukis negara, Abas kulihat berkarya dengan penuh minat tanpa mempedulikan kehadiran orang ramai. apabila aku terlalu dekat dengannya untuk mengambil gambar, sesekali dia berkata kepada ayahnya tentang kehadiran aku. ayahnya sempat bertanya sesuatu kepadaku. suasana sebegitu bukan lagi asing agaknya pada Abas. tetapi bakat anak kecil yang begitu besar memang amat jarang kita temu apatah lagi saksikan dengan mata kepala sendiri. rasa kagum dan seakan tidak percaya menyulubungi hati sesiapa sahaja yang datang pada hari itu...

...lalu sebelum berlalu, aku minta izin ayahnya untuk Abas menulis sesuatu ke dalam buku yang aku bawa. tetapi kata ayahnya, "...dia baru lima tahun, tak tahu menulis lagi,". Begitulah anugerah yang telah diberikan oleh Tuhan kepada anak kecil ini. pada usia sebegitu muda dia lebih dahulu kenal dunia kanvas daripada menulis...nanti tentu dia akan mewarisi bakat seni yang mengalir dalam tubuh ayahnya...bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

sgt besar anugerah Allah itu. diharap anak kecil ini akan berjaya dgn anugerah yang diberi kpdnya, insyAllah:) Mon 15-Aug-2005 12:27
Posted by:lynda
adik abas yang comel, ini anugerah daripada Allah yang tiada tandingNya... semoga karya dia terus menyinar selepas ini Fri 19-Aug-2005 05:39
Posted by:kayusakti  - [Link]
subhanallah... hebat nyer adik nie... comel plak tu... rasernyr skang nie msih ader lg tak budak tu kat sana?
Sat 1-Oct-2005 12:50
Posted by:ayusafura  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 28-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...potret noni

 
 
 
View all 12 photos...


...ini noni. bukan kucing aku tetapi aku gemar memerhati gelagatnya. dalam dunia ini, sesuatu yang cantik kadang-kala terbatas dunianya. demi memeliharanya daripada dicuri, dibawa lari, dunia noni hanyalah di dalam rumah dan kandang besi...

'tis better for cats to stay indoor. outside, mixing with other cats they can contract diseases. Fri 9-Sep-2005 07:59
Posted by:wegra
garang siot muke noni nih!!! nway..love all ur shoots...great! Mon 27-Feb-2006 05:43
Posted by:kucing ijo  - [Link]
garang siot muke noni nih!!! nway..love all ur shoots...great! Mon 27-Feb-2006 05:44
Posted by:kucing ijo  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Thursday, 14-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...kala senja di titiwangsa

...suatu petang senja berlabuh
...terpancar indah
...buat tatapan
View all 21 photos...

nice shot. Mon 1-Aug-2005 21:55
Posted by:ntalias  - [Link]
nak bertanya..kamera jenama aper yg kamu pakai ek? psl tgh on plan nak beli kamera jgk ni:) Mon 15-Aug-2005 12:31
Posted by:lynda
Lynda...saya hanya menggunakan kamera <b>Nikon Coolpix 3200</b>. Tidak kira kamera apa yang anda gunakan, yang penting anda tahu serba sedikit tentang asas fotografi untuk menghasilkan foto yang menarik, terus belajar, belajar dan belajar. selamat berusaha Tue 16-Aug-2005 02:00
Posted by:unsunghero
View all 11 comments Add comment


Wednesday, 13-Jul-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...sepetang menatap senja di titiwangsa

 
 
 
View all 6 photos...
...sesekali menatap wajahmu
di suatu senja berbayang di tasik tenang
dua insan memadu kasih
tiada sedar siang sudah berlabuh...

Beautifully captured... Wed 13-Jul-2005 08:26
Posted by:Jeff  - [Link]
cantik.. Wed 13-Jul-2005 18:52
Posted by:zuril
senja nan menarik... Thu 14-Jul-2005 01:32
Posted by:AyAres151  - [Link]
Add comment


Wednesday, 15-Jun-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
...santai di pantai

...saujana mata memandang
...itu aku
...datang membawa pengunjung
View all 12 photos...


...masih terbayang keindahan pantainya. jernih airnya...

Nota: sebahagian foto dirakam oleh Apple sewaktu aku sedang seronok bersnorkel

cantiknye pemandangan... Sat 2-Jul-2005 21:51
Posted by:sHa  - [Link]
Cantik permandangannya... Wed 13-Jul-2005 08:26
Posted by:Jeff  - [Link]
saujan mata memandang... Fri 15-Jul-2005 08:33
Posted by:afairuzsan  - [Link]
View all 12 comments Add comment


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.